Mayat lelaki warga tempatan tidak beridentiti ditemui terapung dengan sampah di longkang besar berhampiran sebuah pasar raya di Rawang petang semalam.

GOMBAK – Mayat lelaki dengan berpakaian lengkap yang ditemui terapung di dalam longkang Rawang kelmarin dipercayai warga tempatan berdasarkan kesan BCG dibadannya.

Justeru, polis meminta mana-mana waris yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membantu mengesan identiti mayat yang ditemui di longkang besar berhampiran sebuah pasar Raya Borong di Mukim Batu Batu 7, Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mayat lelaki telah dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

Simati dipercayai berusia dalam lingkungan 25 tahun ke atas berdasarkan pemeriksaan ke atas gigi mayat.

Mayat yang ditemui tanpa dokumen diri itu berpakaian lengkap baju lengan panjang warna putih dan seluar jeans hitam.

Kes telah diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Orang ramai boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Sarjan Shanonrizal Shamsudin ditalian 012-6900127 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast