Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berucap pada Konvensyen Pilihan Raya Perikatan Nasional Negeri Selangor 2023 di IDCC Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 JUN 2023.

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) memerlukan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor ini sebagai isyarat rakyat telah menolak Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, Anwar perlu berundur dari Putrajaya jika Selangor jatuh kepada PN pada PRN nanti.

“Menang PN di Selangor, Anwar akan turun di Putrajaya,” katanya yang juga bekas Menteri Besar Selangor penuh bersemangat.

Beliau berkata demikian kepada berucap di Konvensyen Pilihanraya PN Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin yang juga bekas menteri Kabinet turut memberi amaran, PN telah bersedia untuk menggempur kawasan-kawasan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) seperti di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai DAP.

Beliau juga menegaskan, undian kepada PH merupakan sokongan kepada kleptokrasi dan nepotisme dalam kerajaan.

“Satu undi untuk PH adalah satu undi untuk perasuah, pembelot, pengkhianat.

“Sudah melampau, kalau sebelum PRU dahulu kita tolak kleptokrat, nepotisme, sudah menang anak, isteri jadi penasihat, sebab itu pengundi di Selangor sama ada Melayu Cina dan India kalau mahu pemimpin yang jujur dan ikhlas, yang menolak kleptokrat, undilah PN,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast