Keadaan kereta Bezza yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler.

ALOR SETAR – Pasangan suami isteri dan seorang bayi berusia lingkungan lapan bulan, antara empat individu maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, di Kulim, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata pihak bomba, menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.06 petang tadi.

Beliau berkata, suami berusia 32 tahun dan isterinya berumur lingkungan 30 tahun bersama bayi perempuan dan seorang wanita berusia 59 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dengan sebuah lori treler dan mendapati terdapat enam mangsa tersepit dalam kereta itu.

“Dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki umur lingkungan enam tahun dan kanak-kanak perempuan berumur lingkungan dua tahun, cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahim berkata pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala dua kanak-kanak yang cedera parah itu dibawa ke Hospital Kulim. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast