khairuddin mengundi muda songsang musuh Allah
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangani kontroversi ekoran penggunaan istilah ‘musuh Allah’ oleh seorang pemimpin Pas berupaya memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin parti politik agar lebih berhemah ketika kempen pilihan raya negeri (PRN).

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia boleh membantu mengharmonikan kaedah dan suasana berkempen ketika PRN agar berjalan dalam semangat ‘ukhuwwah’ persaudaraan Islam dan persaudaraan warga Malaysia.

“Terma-terma seperti ‘musuh Allah’, ‘musuh perjuangan Islam’ dan ‘undi parti sekian ke neraka’ perlu dipadamkan dalam politik demokrasi persaingan pilihan raya melibatkan sesama Muslim.

“Berkempenlah secara harmoni menerusi dakwah yang lunak dan berhemah menampilkan kelebihan parti masing-masing,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan polis telah memanggil bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Muhd Zainul Asri Mohd Romli memberi keterangan berhubung penggunaan istilah ‘musuh Allah’ ketika berdoa dalam Program Himpunan Kedah Berselawat, Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, Muhd Zainul Asri menafikan istilah tersebut ditujukan kepada individu mahu pun parti politik tertentu.

Beliau berkata, ucapannya yang menyebut ‘semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah’ adalah ditujukan kepada golongan seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. kenapa nak dipadamkan…..wahai TANKIRI…..MUSUH2 ALLAH ….SYIRIK../FASIK…/MUNAFIK…/AHLI MAKSIAT ARAK JUDI PELACURAN RASUAH SEBAGAINYA KAFIR YANG PERANGI ISLAM SEPERTI ISRAEL
    JADI HUKUM AGAMA TERPILIH…BERIMAN sebahagian kufur sebahagian….bermain dengan SUMPAH ATAS NAMA ALLAH…macam BISU WAHAI TANKIRI sebagai penasihat ZAHID MUNAFIKUN

  2. DAP juga campur tangan dalam urusan pengharaman arak di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, walhal ia dikuatkuasakan kepada umat Islam sahaja dan dikecualikan terhadap bukan Islam.

    KHAIRUDIN TANKIRI…ini contoh MUSUH2 ALLAH…APA KAMU HANYA NAK JADI MAJLIS ULAMA JAHAT
    besubahat dan sekongkol pihak yang nak pijak jubur HUKUM ISLAM atas sayangi DAPIG

Comments are closed.