Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menunaikan solat sunat AidilAdha bersama para jemaah di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM 29 JUN 2023.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 10,000 jemaah termasuk rakyat tempatan dan asing di Masjid Putra, di sini, pagi ini.

Perdana Menteri yang diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Masjid Putra kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Beliau dan isteri masing-masing mengenakan pakaian lengkap Baju Melayu dan Baju Kurung berwarna hijau muda sedondon.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengaminkan bacaan dia selepas menunaikan solat sunat AidilAdha bersama para jemaah di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM 29 JUN 2023.

Sementara itu, solat sunat Aidiladha dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali yang turut merangkap sebagai khatib.

Khutbah yang bertajuk ‘Nilai Pengorbanan’ antara lain menyeru umat Islam sentiasa berhati-hati dengan setiap pertuturan dan tindakan yang boleh menjerumuskan diri sendiri serta orang lain ke lembah kekufuran dan kefasiqan.

“Janganlah kita memperalatkan Islam demi mencapai kepentingan sendiri lebih-lebih lagi dalam menghadapi kepelbagaian pandangan, pendapat dan aliran pemikiran yang ada di negara kita,” katanya khatib ketika menyampaikan khutbah Aidiladha, pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para jemaah selepas menunaikan solat sunat AidilAdha di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM 29 JUN 2023.

Selesai solat sunat Aidiladha, Perdana Menteri mengambil peluang untuk beramah mesra dan bersalaman dengan para jemaah yang hadir.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika hadir untuk menunaikan solat sunat AidilAdha bersama para jemaah di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM 29 JUN 2023.

Turut kelihatan hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipercayai berada di barisan belakang ketika solat sunat Aidiladha dijalankan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengaminkan bacaan dia selepas menunaikan solat sunat AidilAdha bersama para jemaah di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM 29 JUN 2023.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali masing-masing mengenakan jubah serba putih dan Baju Melayu berwarna biru muda lengkap bersamping.

Masjid Putra mula dibanjiri para jemaah seawal jam 6.45 pagi dengan kehadiran kira-kira 10,000 jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Alhamdulillah ANWAR IBRAHIM kerab ke Masjid buktinya mediasosial pernah melaporkan. Sudah 7 bulan ANWAR kerab beribadat tetapi “KERJANYA” sebagai PM apa yang dibuat? boleh keluar masuk masjid tapi kerja kena buat… jika sibuk suruh la TPM buat kerja majukan Malaysia. ZAHID HAMIDI tak MASUK MASJID ke? mana ada berita!!! Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI

Comments are closed.