Foto Instagram Zul Ariffin.

KUALA LUMPUR – Aktor popular, Zul Ariffin akhirnya bergelar haji selepas menunaikan tuntutan Rukun Islam kelima yang menjadi impian umat Islam, semalam.

Zul, 36, bagaimanapun berkongsi pengalaman yang mencabar fizikalnya apabila kulit tapak kakinya terkoyak selepas beberapa hari melalui rukun ibadah itu

“Kulit satu badan terbakar dan kulit tapak kaki koyak. Puas!

“Alhamdulillah! Salam Aidiladha dari Mekah semua,” katanya dalam satu ciapan Twitter semalam.

Foto Instagram Zul Ariffin.

Pelakon yang kini hangat dengan drama Perempuan Itu selesai menjalani salah satu rukun haji iaitu wukuf di Arafah semalam.

Menerusi perkongsian Instagram, dia juga menjalani proses bercukur iaitu dengan membotakkan kepalanya.

Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji buat pertama kali pada 10 Jun lalu.

Selain Zul, selebriti lain yang kini menunaikan haji ialah Faizal Tahir, Alif Satar dan Datuk Aaron Aziz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast