Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya terus menunjukkan peningkatan dalam kedudukan dunia apabila menghuni tangga ke-137 susulan dua kemenangan terbaru yang dicatat dalam perlawanan kalender Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

Menerusi kedudukan rasmi yang dikeluarkan oleh FIFA hari ini, skuad kendalian Kim Pan Gon naik satu anak tangga selepas mengutip 9.44 mata hasil kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon (133 dunia) dan membelasah Papua New Guinea (159) 10-0.

Kenaikan tersebut menjadi tonik terbaik buat Harimau Malaya sebelum menghadapi Piala Asia di Qatar pada Januari tahun depan, dan paling penting mereka tidak pernah mengalami penurunan ranking sejak diambil alih oleh Pan Gon.

Malaysia menghuni kedudukan ke-154 dunia ketika Pan Gon mula mengambil alih pasukan pada 21 Januari 2022.

Selepas mencatat peratusan kemenangan yang tinggi iaitu 70 peratus dalam tempoh lebih setahun lalu atau menang 16 daripada 20 perlawanan setakat ini ia satu pencapaian yang memberangsangkan buat Pan Gon.

Kedudukan FIFA seterusnya akan dikemas kini pada 20 Julai depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast