Orang ramai masih menggunakan pelitup muka ketika berada di tempat yang tertutup dan sesak tinjauan lensa Malaysia Gazette dalam pengangkutan awam. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.

Pemakaian pelitup muka yang sebelum ini diwajibkan di fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik serta perkhidmatan pengangkutan tidak lagi wajib berkuatkuasa 5 Julai depan. Bagaimanapun peraturan pemakaian pelitup muka dikekalkan dan wajib bagi pesakit positif Covid-19 serta kakitangan kesihatan ketika berurusan dengan pesakit.

Ia merupakan kelonggaran terbesar terhadap prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sejak Malaysia memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April tahun lalu.

Segelintir orang awam kelihatan tidak lagi memakai pelitup muka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas keputusan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kemudahan kesihatan seperti hospital dan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.
Orang ramai masih menggunakan pelitup muka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas keputusan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kemudahan kesihatan seperti hospital dan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.