Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatannya terhadap dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing kononnya wujud amalan rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan pihaknya akan berbuat demikian serta memandangl serius dakwaan tersebut.

“Berhubung dakwaan rasuah yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, SPRM akan menyiasat perkara tersebut,” katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Bagi melicinkan proses siasatan, SPRM akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak termasuk King Sing.

“Kita akan dapatkan maklumat daripada semua pihak berhubung perkara ini (dakwaan rasuah di KLIA) dan melakukan siasatan sewajarnya.

“Oleh itu, kami menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini,” tegasnya.

BACA: Menteri dedah ada pegawai Imigresen minta RM3,000 dari pelancong

Menteri buat kecoh di KLIA, didakwa cuba selamatkan pelancong China?

Pada Khamis lalu tular satu insiden yang mendakwa kononnya Ahli Parlimen Bintulu itu telah menceroboh Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA tanpa pas keselamatan dan cuba menyelamatkan seorang pelawat wanita warga China yang ditahan daripada memasuki negara ini.

Malah menteri berkenaan juga didakwa telah memarahi polis bantuan dan pegawai IMigresen di KLIA selepas berang tindakannya yang cuba membebaskan wanita asing itu dihalang oleh penguatkuasa itu.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan balas semalam, King Sing menafikan sekeras-kerasnya beliau cuba menyelamatkan wanita China itu sambil membongkar kewujudan unsur rasuah yang berlaku dalam kalangan penguatkuasa di pintu masuk KLIA.

Dakwanya, berlaku masalah komunikasi antara pegawai dan pelawat asing itu selain wanita asing itu didakwa ditahan tanpa sebab serta tidak diberikan makan minum sepanjang tempoh penahanan tersebut walaupun mempunyai dokumen yang lengkap dan sah untuk memasuki Malaysia.

Malahan beliau juga mendakwa menerima maklumat  terdapat pegawai Imigresen di KLIA yang meminta bayaran sehingga RM3,000 kepada pelancong China untuk dilepaskan daripada tahanan.

Dakwanya, wang tambahan juga diminta oleh pegawai daripada pelancong itu untuk proses Visa serta penghantaran pulang ke negara asal mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. SPRM harus mencadangkan SEMUA IMIGRESEN di KLIA ditahan kerja untuk siasatan kerana “laporan Menteri”. Tuduhan ini serious yang merosakkan NEGARA. SPRM JUGA perlu mencadangkan kepada PMX melantik Menteri seperti MENTERI PELANCONG ni… insyaallah “BERSIH MALAYSIA” ni dikerjakannya. SPRM pun taklah perlu kerah bebudak kerja keras. Harap SPRM dapat mendakwa SEMUA staff tersebut.

  2. Apa hal juga dengan isu 1.2 juta pelancong Cina tiada rekod keluar diikuti dengan 1.3 juta MyKad hilang ditambah pula kibbutz di tanah rizab Melayu sebijik sebesar kibbutz di Singapore takkan tiada dakwaan unsur rasuah pun Apek menteri pelancong ooii!

  3. Dakwaan menteri melepaskan seorang pelancong China dari siasatan imigresen adalah sesuatu yang amat serius dan penyalahgunaan kuasa. Menggangu gugat tugasan kakitangan awam juga merupakan kesalahan besar dari segi undang2!!!

    Harap pihak polis, Dato Ayob segera menyiasat dan mengheret menteri tersebut kemuka pengadilan dengan segera!!!

Comments are closed.