KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd akin mahu individu yang bernama Zaki Yamani yang membuat ciapan berhubung kesihatan Tan Sri Abdul Hadi Awang mengambil tanggungjawab atas kenyataannya.
Setiausaha Polik Kepada Perdana Menteri itu berkata, meskipun Zaki pernah berkhidmat selaku Setiausaha Angkatan Muda (AMK) Parti Keadilan sewaktu beliau memimpin sayap muda itu, namun ia tidak membawa sebarang kaiatan pada masa kini dalam kapasiti rasmi.
“Oleh itu, dakwaan mengenai kaitan itu adalah sangat tidak wajar untuk dipolemikkan tanpa asas yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shamsul berkata, atas kapasiti Pejabat Perdana Menteri, beliau telah berhubung dengan keluarga Abdul Hadi sebaik sahaja berita mengenai kesihatan Presiden Pas itu tersebar.
“Syukur alhamdulillah, komunikasi terjalin baik di samping kami turut diberi perkembangan terkini tentang kesihatan Tan Sri.
“Mewakili Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri, kami mendoakan keafiatan Tan Sri dan berharap agar ruang berziarah dapat diadakan seusai beliau kembali stabil kelak,” tambahnya. – MalaysiaGazette