KUALA LUMPUR – Bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan ‘ugutan’ Datuk Seri Aliff Syukri yang mendakwanya berhutang puluhan juta ringgit.
Alasan bekas veteran UMNO itu, dia enggan meletakkan kedudukannya serendah usahawan kosmetik terbabit.
“I don’t want to go down to their level (saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri). Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu,” katanya seperti laporan Malaysiakini.
Ditanya sama ada wujud usaha lain untuk membersihkan imejnya, Abdul Kadir hanya menjawab ringkas; “Saya dengan orang macam itu tak nak komen. Saya tak nak sebut nama.”
Terdahulu, Aliff Syukri meluahkan kekecewaan di Instagram susulan seorang bekas ahli Parlimen yang didakwanya liat untuk bayar hutang.
Dalam kenyataannya, Alif berkata, ketika hendak meminta bantuan, individu berpangkat Tan Sri itu terhegeh-hegeh hendak berjumpa dengannya.
Dakwanya, dia sudah cuba menghubungi individu terbabit berkali-kali namun usaha berkenaan menemui kegagalan.
“Siapa kenal Tan Sri ini? Minta dia bayar duit saya berpuluh juta. Dia mesti kaya sebab bekas menteri. Orang Langkawi mesti kenal, saya minta tolonglah kalau hantaran ini dilihat oleh anak dia atau saudara. Janganlah menzalimi saya,” katanya dalam satu hantaran di Instagram kelmarin.
Walaupun tanpa menyebut nama, Aliff yang juga penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu memuat naik imej seorang lelaki dipercayai individu yang dimaksudkannya namun menutup bahagian wajahnya.
Dalam hantaran berbeza semalam, Aliff menyifatkan dirinya hanya ikan bilis jika hendak dibandingkan dengan individu berpangkat Tan Sri yang mempunyai lebih ramai kenalan-kenalan hebat dan berpangkat.
Justeru, katanya, dia perlu berani demi menuntut haknya yang tidak seberapa.
“Saya percaya Tan Sri orang ternama, seorang bilionair yang ada beribu aset di Malaysia. Jadi, setakat duit puluhan juta saya itu tak ada masalah untuk Tan Sri berikan sebab itu hak saya. Pelik, takkan Tan Sri nak ambil hak peniaga kecil-kecilan ini?
“Bayangkan siang malam saya berniaga buat live sampai kena maki dan hina. Senang-senang nak ambil hak saya. Jangan sampai saya hilang sabar, tunjuk video dan rakaman semua,” ujarnya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Apa patut saya buat, Tan Sri hanya tengok WhatsApp – Aliff Syukri
Kalau betul amat memalukan..yg pelik Alif Shukri tak sebut pun nama dia..tetiba dia yg koyak..apahal???