Aliff Syukri

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri hari ini sekali lagi menarik perhatian pengikut-pengikutnya apabila bertanya apa yang patut beliau buat terhadap bekas menteri yang berhutang jutaan ringgit padanya.

Katanya, mesej-mesej yang dihantar melalui Whatsapp kepada bekas menteri yang bergelar Tan Sri itu hanya dilihat olehnya.

Beliau turut berkongsi mesej yang dihantar olehnya kepada Tan Sri berkenaan dan hantaran itu terdapat blue tick – menandakan seseorang telah membuka dan membaca mesej berkenaan.

Aliff berkata, Tan Sri itu orang yang hebat, kenalan semua ketua polis negara,menteri-menteri sedangkannya hanya ‘ikan bilis.

“.sy berani kerana benar, Berbagai usaha telah saya cuba berdamai,saya cuba hubungi dia, WhatsApp dia tak balas dan dia tak angkat… jauh sekali saya ingin malukan dia dan family dia..sy percaya tan sri Orang ternama seorang bilionair ada beribu aset d malaysia.. stakat duit sy puluhan juta itu tak ada masalah utk tansri berikan sbb itu hak sy..

“pelik tak akan tan sri nak ambik hak sy peniaga kecilan ini?? Bayangkan tan sri sy Siang malam pagi petang saya berniaga buat live kena maki kena hina.. senang2 tan sri ambik hak sy..jgn sampai sy hilang sabar sy tunjuk vedio,dan rakaman smua..,” tulisnya.

Hantaran terbaharu ini rentetan kenyataan yang dibuat semalam, menuntut Tan Sri tersebut melunaskan hutang.

Aliff mendakwa beliau sudah menghubungi Tan Sri berkenaan tapi panggilan tidak diangkat.

Malah, WhatsApp tidak berbalas sedangkan semasa mahu meminta bantuan, Tan Sri berkenaan terhegeh-hegeh hendak berjumpa dengannya.

Hantaran yang menerima lebih 6,000 likes.

Seorang pemilik akaun bernama hajarabuzakaria menerusi ruangan komen mendakwa pernah bekerja dengan Tan Sri tersebut.

Tapi, katanya, dengar cerita syarikat milik bekas menteri itu sudah lingkup dan kakitangannya sudah berhenti kerja, resort-resort miliknya pun sudah dijual.

Azreenranger pula berkata: “Jangan lari tan sri ramai orang tahu hal ini walaupun Alif tak kenal saya..tapi kami tahu hal ni tan sri”.

Manakala atqfzlzmn berkata: “Dato. You’re rich. Orang berpengaruh. Guna lawyer la buat tuntutan”. – MalaysiaGazette

 

Aliff Syukri tuntut bekas menteri bergelar Tan Sri bayar hutang