Aliff Syukri

KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri segera menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta yang pinjam kepadanya.

Aliff mendakwa, beliau sudah menghubungi Tan Sri berkenaan tapi panggilan tidak diangkat.

Malah, katanya, WhatsApp pun tidak berbalas sedangkan semasa mahu meminta bantuan, Tan Sri berkenaan terhegeh-hegeh hendak berjumpa dengannya.

Dalam hantaran di Instagram miliknya, Aliff berkongsi gambar Tan Sri berkenaan.

“Siapa kenal tan sri ni??minta dia suruh bayar duit sy yg berpuluh jutaa itu.. dia mesti kaya sbb bekas menteri..sy tak nak cerita perkara sebenar.. nanti malu satu family tan sri keturunan tan sri😤jadi saya sabar sabarrr sahaja.. org langkawi mesti kenal dia hartawan 1 malysia🥵🥵 saya minta tolonglah kalau posting ni dilihat oleh anak dia , ke saudara dia ke tan sri ni dah tua janganlah buat saya macam ni menzalimi saya…sila hubungi sy ..sy merayu kesian lah sy dan anak bini sy yg dizalami..,” katanya.

Aliff turut mengundang siapa yang kenal dan pernah ‘terkena’ dengan Tan Sri tersebut untuk komen.

Hantaran itu mendapat lebih 10,000 tanda suka. – MalaysiaGazette

 

 

3 Komen

  1. Subhanallah…Dunia akhir..zaman…Dah berbuat baik…tetapi akhirnya..berakhir sebegini???!! Maksud nya..hutang memang kena bayar…akan tetapi..ujian jua utk sipemiutang..mgkin tkder duit..Bersabar..TU infah.. mengaibkan TU pulak besaq dosanya

    • pandai la cakap..kena batang hidung sendiri bru tau..Cara apa lagi bleh pkai klu nk mintak hutang yg Liat nk bayar..viral saja Cara dia

  2. Siapa Tan Sri itu?.Mana gambar dia? Tak ada nama,.tak ada gambar, mana nak tahu dia pinjam dari kita ke tak?

Comments are closed.