Christopher Patit

MELAKA – Seorang pelajar lelaki 14 tahun yang dipercayai membunuh adik kandungnya berusia sembilan tahun di rumah mereka petang semalam akan direman di Kompleks Mahkamah Melaka pagi ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ia bagi membolehkan siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 KK bagi mengetahui mengetahui motif kejadian suspek berumur 14 tahun bertindak mencekik adik lelakinya berumur sembilan tahun itu sehingga meninggal dunia.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang dikhuatiri akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

MalaysiaGazette malam tadi melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dicekik sehingga mati oleh abang kandungnya di rumah keluarga mereka di Kampung Bukit Piatu di sini kira-kira 12 tengah hari semalam.

Kejadian disedari ibu dua beradik itu yang terlihat perbuatan anak sulungnya itu melalui sistem sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari telefon bimbitnya sebelum menghubungi jirannya untuk membantu melihat anaknya di rumah.

Sebaik membuka pintu, jirannya itu terkejut apabila mendapati remaja lelaki berkenaan sedang mencekik adiknya yang sudah tidak bernyawa sebelum dia segera menepis tangan pelajar tingkatan dua itu.

Mengulas lanjut, Chiristoper berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian suspek hanya tingal berdua bersama adiknya itu manakala ibu bapanya keluar bekerja.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.

“Pemeriksaan juga dapati suspek merupakan seorang pelajar sebuah sekolah Arab yang tidak mempunyai sebarang rekod disiplin sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Adik maut dicekik abang kandung