KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke London malam tadi.
Beliau yang berusia 77 tahun meninggal akibat serangan jantung.
Berita sedih itu dikongsi oleh menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran media sosial pagi ini.
Azhar berkata, Allahyarham Pahamin dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.
“Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London,” kata Azhar.
Beliau dan ahli keluarga yang lain akan berangkat ke London esok. – MalaysiaGazette