Rosli Abdul Jabar

KUANTAN – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas dilantik dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Pahang.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PAC manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya juga dipilih sebagai ahli PAC.

Rosli yang juga ADUN Tanjung Lumpur menerima surat lantikan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dalam satu majlis hari ini.

ADUN Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif daripada UMNO pula dipilih sebagai Pengerusi PAC Pahang manakala dua lagi ahlinya adalah ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dari UMNO dan ADUN Sabai, V. Arumugam mewakili MIC.

Selain itu, dua lagi ADUN dari Pakatan Harapan (PH) turut disenaraikan menganggotai PAC.

Tambah Rosli, amanah dan tanggungjawab yang diberikan itu akan digalas sebaik baik mungkin selan menjalankan fungsi semak dan imbang bagi menambaik baik sistem kewangan di negeri ini.

”Fungsi utama bertanggungjawab dan membuat  penambahbaikan kira-kira dari segi audit negeri, sistem kewangan syarikat dan badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri Pahang,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Rosli, ini kali pertama beliau dilantik mengganggotai PAC dan berjanji akan melaksanakan tugas dengan baik bagi tempoh lima tahun. – MalaysiaGazette