Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran

KUALA LUMPUR – MIC mengucapkan takziah kepada keluarga pengasas dan Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Tan Sri G. Gnanalingam yang meninggal dunia hari ini.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, khabar duka itu mengejutkan apatah mendiang merupakan tokoh yang banyak menabur jasa bakti dalam pembangunan negara.

“Kita ucapkan takziah kepada keluarga mendiang serta yang terdekat, semoga saat yang sukar ini dapat dilalui dengan tenang.

“Kita juga berdoa supaya rohnya akan tenang, segala jasa bakti yang telah mendiang kepada negara dan masyarakat tidak akan sesekali kita lupakan,” katanya malam ini.

Gnanalingam memulakan kerjayanya bersama British American Tobacco (BAT) pada 1968 sebagai wakil jualan dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pemasaran Kumpulan pada 1980.

Untuk makluman, Gnanalingam bersama Ahmayuddin Ahmad menjadi pengasas syarikat pengendali pelabuhan itu selepas mendapat konsesi pada 1994 untuk tempoh 60 tahun mengendali dan memperbesarkan terminal kontena di Pulau Indah dan Pelabuhan Klang.

Menurut senarai Forbes, Gnanalingam ialah individu ke-13 paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$1.4 bilion (RM6.5 bilion) pada 2023.

Westports telah berkembang menjadi salah satu syarikat terbesar di Bursa Malaysia hari ini, dengan permodalan pasaran mencecah RM12 bilion. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Gnanalingam meninggal dunia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast