Siri lawatan hari ke-2 Tunku Ismail ke Singapura hari ini menyaksikan MOU antara PBNJ dan FAS.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim hari ini menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak Johor dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

MoU berkenaan melibatkan kerjasama dalam pembangunan bola sepak termasuk pembentukan kejohanan acara bola sepak tahunan antara pasukan Pilihan Johor dan Pilihan Singapura mulai 2024.

Tunku Ismail turut meluangkan masa menghadiri Majlis Hi-Tea bersama Edwin Tong, Menteri Kebudayaan, Masyarakat Dan Belia Singapura di Hotel Shangri-La, Singapura hari ini.

Tunku Ismail melakukan lawatan rasmi ke Singapura selama tiga hari sejak semalam.

Baginda bersama isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam ke republik itu atas undangan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast