Projek Legend 99 dibangunkan di tanah berkeluasan 1.71 hektar dengan mempunyai 1,214 unit kediaman 57 tingkat termasuk lima ‘Penthouse’.

KUALA LUMPUR – Syarikat pemaju hartanah, Kumpulan JL99 bakal membangunkan 99 Legend, fasa kedua, JL Legacity @ KL North dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM709 juta.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee, projek  membabitkan pembangunan 1,214 unit kediaman 57 tingkat termasuk lima penthouse itu akan  dibangunkan di tanah berkeluasan 1.71 hektar.

Projek ini sebahagian daripada keseluruhan pembangunan JL Legacity yang terletak di Jalan Kuching bersebelahan bulatan Batu Caves atau lebih dikenali sebagai KL North.

“Sebenarnya jika anda lihat, keseluruhan projek ini saya ilhamkan selepas kita berdepan dengan pandemik Covid-19 tiga tahun lepas,” katanya.

Jeff Lee berkata, projek ini ditawarkan antara RM478,250 hingga RM761,320 bagi kediaman berkeluasan 735 kaki persegi 880 hingga 1,152 kaki persegi.

Pembeli Bumiputera pula akan mendapat insentif 6.0  hingga 8.0 peratus.

“Setiap unit kediaman mempunyai dua hingga empat bilik mengikut spesifikasi itu disediakan dua hingga tiga lot parkir manakala ‘Crown Penthouse disediakan 5 hingga 10 parkir. 

“Antaranya butang lif tanpa sentuh ke aras kediaman dan aras kemudahan fasiliti, pengecaman plat lesen kereta (tanpa kad akses), bilik simpanan penghantaran makanan dan bungkusan tanpa berinteraksi, juga ruang pengecasan kenderaan elektrik (EV) serta penapis air berpusat,” ujarnya.

Antara contoh ruangan rumah yang di jual dalam projek Legend 99 ini.

JL99 juga telah memperuntukkan RM20 juta bagi membina flyover eksklusif bagi memudahkan akses penghuni dan pelawat melalui Jalan Lingkaran Tengah Kedua (MRR2), selain dua kolam renang khas iaitu Iconic Shark Beach bertemakan pantai berpasir serta ‘Infinity Sky Pool’ dengan pemandangan KLCC.

“Tidak cukup dengan itu, kita juga akan adakan cabutan bertuah iaitu ‘You can be a millionaire’ dengan mengadakan dua kali cabutan bertuah berjumlah RM3 juta dengan dua pembeli berpeluang menang wang tunai RM1 juta, selain berpeluang memenangi baki wang tunai berjumlah RM1 juta.

“Kumpulan secara keseluruhannya memperuntukkan GDV berjumlah melebihi RM2 bilion bagi pembangunan JL Legacity termasuk fasa ketiga melibatkan pembangunan bercampur,” katanya. -MalaysiaGazette