Masih ada penduduk enggan berpindah walaupun amaran sudah diberikan tentang kebakaran hutan du Pulau Canary. foto twitter

LA PALMA – Beribu-ribu penduduk La Palma di Kepulauan Canary digesa meninggalkan rumah masing-masing ketika pasukan kecemasan cuba mengawal kebakaran hutan.

Kebakaran bermula awal Sabtu dan telah memusnahkan 4,500 hektar (11,100 ekar) tanah dan sekurang-kurangnya sedozen rumah.

Kira-kira 400 pasukan keselamatan dari pelbagai agensi berada di lapangan untuk mengawal kebakaran.

Kira-kira 4,255 orang telah dipindahkan tetapi yang lain enggan meninggalkan rumah mereka.

Kebakaran ini berlaku kurang daripada dua tahun selepas gunung berapi meletus di pulau itu, memusnahkan beribu-ribu rumah.

Fernando Clavijo, Presiden Kerajaan Wilayah Canary Islands berkata, terdapat “penentangan untuk meninggalkan rumah” tetapi keutamaan kerajaan adalah menyelamatkan nyawa.

“Orang ramai didahulukan, kemudian rumah, dan kemudian memadamkan api,” katanya.

Kebakaran bermula di kawasan El Pinar di perbandaran barat laut Puntagorda, sebelum merebak ke selatan ke arah bandar Tijarafe.

Api merebak dengan pantas disebabkan angin, keadaan iklim dan gelombang haba yang dialami.

Sebuah pesawat digunakan untuk memadamkan kebakaran.

Tentera Sepanyol telah mengerahkan 150 anggota bombanya dan satu unit lagi dijangka akan menyusul.

Palang Merah juga telah menyediakan kemudahan untuk membantu mangsa yang dipindahkan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast