Ahmad Yahaya.

KUALA LUMPUR – Pas Kedah menasihati para penyokong parti bertenang ekoran Datuk Seri Muhammad Sanusia Md Nor yang akan didakwa ke mahkamah esok.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yahaya mahu para penyokong parti jangan dipengaruhi emosi selain sentiasa patuh pada undang-undang negara.

“Pas Kedah berpegang pada prinsip innocent until proven guilty iaitu seseorang yang dihadapkan ke mahkamah tidak boleh lagi dianggap bersalah sehingga terbukti sebaliknya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Ahmad, dalam situasi dihadapi Muhammad Sanusi, Pas Kedah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau dan mengharapkan proses perundangan akan dilaksanakan secara adil, berpegang teguh pada prinsip keadilan mengikut undang-undang serta bebas daripada sebarang cengkaman atau pengaruh politik.

“Dalam masa yang sama, perbanyakkan doa serta munajat agar pemimpin yang kita kasihi ini, yang ikhlas dan amat bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Kedah sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT juga mendapat keadilan yang selayaknya sepanjang proses undang-undang dilaksanakan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

MB Kedah akan didakwa di Mahkamah Selayang esok?