KUALA LUMPUR – Arena bola sepak negara menerima perkhabaran duka berikutan pemergian bekas pengendali skuad Harimau Malaya, B. Sathianathan yang meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam Persatuan Bola Sepak (FAM), Christopher Raj ketika mengesahkan perkara itu berkata, Sathianathan, 65, menghembuskan nafas terakhir pada 1.25 tengah hari ini.
“Beliau melawan kanser selama hampir setahun dan mendiang sebenarnya sudah berada di hospital sekitar dua hingga tiga bulan lepas.
“Saya akan maklumkan butiran mengenai upacara pengebumian nanti, kerana kami kini berada di hospital untuk menguruskan jasadnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – Bernama