KLANG – Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam buah negeri pada 24 Julai ini.

Walaubagaimanapun, Presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Sabu tidak mendedahkan lokasi dan masa pengumuman itu dibuat.

“Itu tanya malamlah, tapi itu 24 ni, ya untuk itu (enam negeri),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Klang, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak pada 12 Ogos ini.

Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.

Manakala hari penamaan calon adalah pada 29 Julai.-MalaysiaGazette