Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Dokumen yang didedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa bukan berkenaan Pelupusan Hutang Peneroka Felda.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebaliknya dokumen yang dikongsi Anwar adalah berkaitan sukuk.

“Dokumen sukuk yang didedahkan juga menunjukkan Anwar tidak memahami kandungan dokumen yang dia tandatangan sebagai Menteri Kewangan.

“Ini bahaya. Entah apa lagi dokumen atau perjanjian yang dia tandangan atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dia tidak faham atau tidak tahu isi kandungannya.

“Jelas Anwar tidak layak untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Lagi lama Malaysia ditadbir oleh kerajaan madanon Anwar Ibrahim, lagi besar mudaratnya kepada rakyat,” dakwa Muhyiddin dalam kenyataan.

Tambah bekas perdana menteri itu, siaran media Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan dokumen tersebut jaminan kerajaan sebanyak RM9.9 bilion.

Muhyiddin mendakwa, dokumen yang didedahkan Anwar bukan Pelupusan Hutang Peneroka Felda sebanyak RM8.3 bilion yang telah beliau selesaikan pada tahun 2021.

“Oleh kerana Anwar gagal mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan secara terbuka kepada saya dalam tempoh 24 jam sepertimana yang terkandung di dalam surat tuntutan peguam saya kepadanya, maka saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan saman fitnah ke atasnya,” kata Muhyiddin.

Media hari ini melaporkan, Anwar mendedahkan sebahagian dokumen yang membuktikan dia telah menandatangani skim pengecualian hutang untuk peneroka Felda.

Ini selepas Pengerusi PN itu menuntut bukti bahawa perkara itu berlaku.

Dokumen itu ialah Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA), serta penerbitan sukuk.

“Justeru itu, saya mendesak Muhyiddin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepada saya,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Dalam ucapannya pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda di Serdang pada 7 Julai, Anwar mendakwa inisiatif untuk menstruktur semula dan memansuhkan hutang Felda di bawah pentadbiran Muhyiddin telah dijanjikan tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.

Muhyiddin menafikan dakwaan Anwar dan memetik jawapan Parlimen daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada 23 Februari bahawa pengecualian hutang itu dilakukan pada 2021.

Namun, Anwar mengulangi dakwaannya pada hari berikutnya, dengan mengatakan bahawa tiada peruntukan dalam belanjawan persekutuan 2021 dan 2022 untuk mengetepikan hutang RM8.3 bilion.

Ini mendorong Muhyiddin mengeluarkan surat tuntutan, menuntut Anwari membuktikan dakwaannya serta memohon maaf.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan berasingan hari ini, mengulangi bahawa perjanjian itu adalah untuk memberi jaminan kerajaan RM9.9 bilion kepada Felda untuk menyusun semula hutangnya melalui penerbitan sukuk dan pusingan kredit.

Ia berkata, kerajaan akan membiayai pembelian balik sukuk itu melalui terbitan geran RM990 juta setiap tahun selama 10 tahun.

Pengeluaran pertama dilakukan pada 18 Julai – seperti dalam dokumen yang diberikan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. aku ni peneroka felda . bila menteri duk gaduh nak tunjuk jasa terbaik aku pun jadi keliru . tapi aku masih boleh berfikir secara kiasan orang bodoh . sebab aku peneroka tak punya diploma tak punya izajah . sebab itu felda tipu peneroka pun mereka pakat diam . tak tahu nak buat apa. hutang kata dah habis tapi potongan makin bertambah . kalau dulu seribu sekarang lebih dua ribu potongan wajib .

    dulu satu pejabat sorang je pengurus sekarang ada dua pengurus . dalam pejabat pegawai nya penuh macam pasar hahaha . kerja membaja tipu .hasil kurang kata tiada bodoh . padahal dia kurang baja untok elak ladang jadi semak nak jimat kos racun .tapi poket dia nak terik perut peneroka kosong tak apa lah

    datang pula mentari nak bela nasib peneroka . janji buat kenduri hapus hutang . macam janji hidang nasi lah . datang pula menteri lain sambung janji menteri lama bagi beras untok kenduri yang janji dulu . lepas tu dua menteri duk kelahi nak tunjuk jasa siapa . dia ingat peneroka ni bodoh tak dapat nilai janji menteri . kenapa menteri tak boleh buang ego dan takbur padahal mengaku Islam .

  2. ooh ya . janji nak bagi nasi beras nya tiada . dia ingat nasi tu boleh rebus pasir ladang je ke . bila menteri lain bagi beras untok sambung janji lama dia tuduh fitnah pula. . aku tak tahu lah ramai orang cerdik sanggup jadi bodoh demi dapat kuasa . kalau kuasa tu boleh dapat dengan telanjang mereka akan sanggup lakukan nya

Comments are closed.