Pemilik Kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman . Foto MUHD NA’IM 20 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman terus berahsia tentang pelabur baharu kelab itu.

Beliau berkata, nama pelabur baharu akan diumumkan pada masa yang sesuai dan individu yang kaan membeli saham Kelantan FC mempunyai latar belakang bola sepak.

“Cuma saya tidak boleh umumkan di sini hari ini dan biarlah (diumumkan) di venue yang lain,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham pada sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat desas desus yang mengatakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman dan pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif Ruslan berminat untuk menjadi pemilik kelab Pantai Timur itu. – MalaysiaGazette