KUANTAN – Sebanyak 12 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) akan ditubuhkan di Pahang menjelang tahun 2025.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun berkata, kini terdapat 30 PBD yang berfungsi membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan kerja awalan tugasan mereka.
“Kita sebagai kerajaan negeri perlu memberikan sokongan dan memperkasa PBS ini secara menyeluruh termasuk menyediakan insentif kerana mereka menjaga negeri serta rakyat di Pahang,” katanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media sejurus majlis penyerahan geran PBS kepada 30 wakil PBS di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, di sini, hari ini.
Para penerima mendapat geran RM3,000 sumbangan Kerajaan Pusat dan RM2,000 daripada Kerajaan Negeri dalam majlis itu. – MalaysiaGazette