Tan Kian Aun

KUALA LUMPUR – Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) mengumumkan pelantikan Tan Kian Aun sebagai pengerusi baharu, menggantikan Chan Ai Cheng yang penggalnya berakhir 30 Jun 2023.

MIEA yang ditubuhkan pada tahun 1974 merupakan persatuan terbesar yang mewakili ejen hartanah berdaftar dalam Malaysia dengan ahli melebihi 7,000 orang.

Kian Aun berkata, visinya untuk membangunkan saluran komunikasi untuk berinteraksi, meningkatkan penglibatan awam dan membantu meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan ejen dan ahlinya.

“Industri hartanah memegang peranan penting dalam ekonomi Malaysia, dan kita harus beradaptasi dengan perubahan zaman sambil memastikan tahap profesionalisme, etika, dan perkhidmatan tertinggi kepada masyarakat.

“Saya komited untuk bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan untuk meningkatkan profesionalisme dan penambahbaikan amalan,” katanya.

Pelantikan Kuan Aun akan dilakukan pada Majlis Malam Gala Anugerah Hartanah Negara yang akan diadakan pada 29 Julai di sebuah hotel di sini.

Salah satu acara kemuncak acara itu ialah pengiktirafan MIEA Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayatyang akan dianugerahkan kepada individu yang telah menunjukkan semangat yang tinggi kepada profession serta industri langsung memberi inspirasi kepada semua.

Empat kategori anugerah baharu telah diperkenalkan termasuk perjanjian sewa kediaman, komersial dan perindustian. Anugerah MIEA Million Dollar Achievers (MMDA) yang akan dianugerahkan kepada 12 pencapai terbaik. – MalaysiaGazette