SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak mengetahui calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara akan ditukar pada saat akhir.
Katanya, perkara berkenaan perlu dirujuk kepada Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu.
“Belum, saya tidak tahu apa-apa, saya kena tanya Datuk Seri Anwar,” katanya.
Sebelum ini terdapat desas desus yang mendakwa Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Izuan Kasim sepatutnya dicalonkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara.
Bagaimanapun, pencalonannya diubah pada saat akhir dengan dengan memilih Amin Yazid sebagai calon di DUN tersebut.
Sementara itu, dilaporkan penduduk dan pengundi DUN berkenaan menggesa agar PH mencalonkan semula Shatiri Mansor di kerusi tersebut.
Wakil penduduk Kampung Melayu Subang, Datuk Karim Kasnan berkata, Shatiri yang merupakan penyandang kerusi berkenaan telah memberikan perkhidmatan terbaik sebaik diberi amanah sebagai wakil rakyat kawasan itu sejak 2018. – MalaysiaGazette
Izuan ke Amin ke Shatiri ke SEMUA makhluk tu adalah Parti PKR… dah satu jenis apa yang menjadi masalah? ANWAR IBRAHIM dan ZAHID HAMIDI berbuih mulut beritahu bahawa lebih PENTING PH BN bukan MUKA calon.. jika ANWAR letak baboon boleh lah korang bising..