Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican calon DUN N02.

KEPALA BATAS – Calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican percaya interaksi secara fizikal dengan pengundi adalah penting dan masih lagi relevan.

Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, kaedah bersemuka itu akan membolehkan beliau mengenai pengundi dengan lebih rapat.

“Hari kedua kempen di Bertam medan yang berbeza berbanding PRU (Pilhan Raya Umum) Parlimen kerana ia adalah kawasan DUN yang mana komuniti dekat dan rapat dengan saya.

“Kalau saya berucap secara duduk bersantai memberi tanggapan jauh lebih meyakinkan kepada pengundi kawasan Bertam dan inilah pendekatan yang saya masih kekalkan sejauh mungkin,” katanya, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Reezal Nerican, beliau tidak memandang rendah terhadap pembangunan teknologi digital yang menyaksikan generasi muda aktif dalam media sosial.

Tambah beliau, ini kerana golongan muda lebih suka memberi input, komen dan luahkan pandangan mereka. dalam media sosia berbanding generasi yang lebih tua yang mana mereka memilih kaedah beinteraksi secara bersemuka.

Sementara itu, Reezal memberitahu, penggunaan teknologi isyarat penduduk Bertam kepadanya suoaya tidak tertinggal di belakang dalam tertinggal di belakang meneruskan perjuangan sebagai wakil rakyat

“Selepas kekalahan lapan bulan lalu, tuhan membuka ruang untuk saya meneruskan perjuangan menerusi PRN ini.

“Ada dalam kalangan pengundi yang mahukan saya bersiap sedia untuk menggalas amanat baharu di peringkat DUN Bertam sekligus memberi semangat untuk bersama rakyat Bertam,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast