Foto Facebook KDA FC.

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC mendapat khidmat pemain sayap lincah Kuala Lumpur City (KL City), J Partiban, secara pinjaman bagi menghadapi baki aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perpindahan pemain kelahiran Perak yang turut digelar ‘Kinta Express’ itu diumumkan media rasmi Sang Kenari.

Partiban adalah pemain tempatan pertama yang diumumkan dalam tempoh jendela perpindahan kedua musim ini selepas KDA FC mengikat dua pemain import baharu, Ifedayo Olusegun dan Moses Atede awal bulan lalu.

Menurut Sang Kenari, pengalaman Partiban, 30, bakal menyuntik kekuatan di bahagian sayap dan serangan skuad kendalian Nafuzi Zain.

“Kehadiran beliau memberi lebih banyak pilihan di bahagian sayap. Kemuncak kerjaya Partiban adalah ketika Perak mendominasi liga di bawah kendalian Mehmet Durokovic, dan turut membantu KL City FC melangkah ke peringkat lebih jauh dalam saingan Piala AFC serta Piala Malaysia musim lalu.

“Hasrat untuk mewakili KDA FC sudah lama dipendam Partiban, dan akhirnya rezeki tiba tepat pada waktunya apabila permohonan Sang Kenari untuk menawarkan kontrak pinjaman dipersetujui KL City,” kata KDA FC dalam satu kenyataan.

Dia menyertai Terengganu selama satu musim pada tahun 2017 dan kembali memperkasakan Perak bermula musim 2019 hingga 2021.

Partiban menyertai skuad The City Boys pada musim 2021 sebelum KDA FC mengikatnya secara pinjaman hingga akhir musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast