Keadaan dua buah kenderaan yang terbabit kemalangan di Jalan Felda Bukit Sagu di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Gara-gara gagal mengawal kenderaan, seorang lelaki maut setelah keretanya bertembung dengan sebuah lori rigid di  Jalan Felda Bukit Sagu dekat sini hari ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Mohd Hisyam Jusoh, 36, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah petang tadi.

”Kemalangan jalan raya di Jalan Felda Bukit Sagu berlaku berhampiran simpang masuk ke Kem Wawasan Negara melibatkan sebuah lori Rigid-Carrier milik syarikat persendirian dan kereta jenis Perodua Viva.

”Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori yang datang dari arah Bukit Setongkol hendak menghala ke Bukit Sagu 6.

”Semasa melalui jalan berselekoh, datang mangsa dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan lori dan bertembung secara berhadapan,” katanya ketika dihubungi.

Jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan bedah siasat sejurus keputusan ujian calitan Covid-19 dilakukan.

Wan Zahari berkata kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast