DAP
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon parti itu di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu atas dasar hormat kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang secara tradisinya bertanding di kedua-dua kawasan berkenaan.

“Kita akan menghormati kebersamaan kita di dalam Kerajaan Perpaduan kita tahu bahawa kerusi Parlimen Pulai adalah hak Amanah iaitu rakan politik kita dalam Madani.

“Kita harus menghormati, mereka (Amanah) yang bertanding secara tradisi,” katanya ketika sidang media.

Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah melancarkan Program Jelita.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram adalah pada 9 September.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan pula masing-masing pada 26 Ogos dan 5 September.

PRK di Parlimen dan DUN berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Allahyarham,61 yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.-MalaysiaGazette