Pengunjung meluangkan masa pada cuti hujung minggu dengan berkunjung ke pameran Mega Bike Week Terbesar Belia Selangor yang mempamerkan pelbagai jenis motorsikal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Selangor. Foto MUHD NA’IM, 06 JULAI 2023.

SERDANG – Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini meriah dengan ‘lautan’ motorsikal pelbagai jenis yang menyertai pameran Mega Bike Week Terbesar Belia Selangor.

Bermula semalam, salah satu program anjuran kerajaan negeri Selangor ini menggalakkan penyertaan belia yang berminat dalam arena permotoran.

MalaysiaGazette difahamkan, sehingga tengah hari tadi sebanyak 100 penyertaan pertandingan pameran motorsikal diterima.

Tidak hanya itu, peminat motorsikal juga boleh menyertai pertandingan aksi penunggang yang disediakan di lokasi termasuk cabutan bertuah.

Tidak hanya ada pertandingan, program berkenaan turut ‘dihiasi’ dengan pelbagai jualan makanan.

Ramai artis tempatan akan membuat persembahan pada hari ini diantaranya, kumpulan XPDC, Kristal dan Melissa, Jiha Mentor.

Penutup program tersebut dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada petang ini. – MalaysiaGazette