Daruk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama. Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-36 hari ini.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengekalkan pendirian tegas terhadap kedaulatan wilayah negara di Laut China Selatan, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian tersebut dalam Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-36 hari ini.

“Malaysia kekal konsisten dalam pendiriannya termasuk pada perlindungan kedaulatan, hak dan kepentingan kita di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kami di Laut China Selatan.

“Kami melakukannya tanpa goyah berhadapan semua tuntutan cabaran undang-undang.

“Sehubungan dengan ini, menekankan bahawa keselamatan Malaysia terletak “dalam” dan “dengan” wilayah dan bukan “dari” rantau ini,” tegasnya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia sentiasa menyokong penyelesaian secara aman dan membina bagi semua pertikaian berkaitan.

Ini termasuk persaingan kuasa-kuasa besar yang meresap ke dalam pertikaian wilayah sama ada dengan sengaja atau sebaliknya.

Anwar berkata, Malaysia menganjurkan semua pihak untuk mengikut prinsip yang diiktiraf secara universal oleh undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 mengenai Undang-undang Laut.

“(Tindakan) Ketenteraan berterusan di wilayah maritim ditambah dengan penggunaan taktik zon kelabu untuk mengukuhkan tuntutan dan menghalang eksploitasi sumber yang sah adalah tidak aman dan tidak membina.

“Lebih berbahaya ialah laporan berterusan mengenai ekosistem maritim yang semakin merosot dan stok ikan yang musnah akibat penangkapan ikan secara haram dan tidak terkawal,” jelasnya.

Sementara itu, Anwar turut menegaskan, Malaysia akan meneruskan hubungan baik dengan China dan Amerika Syarikat (AS) untuk menggalakkan peraturan yang lebih kukuh serta tertib berdasarkan norma.

Katanya, peraturan tersebut tidak berdasarkan kekuatan atau kecenderungan untuk mengabaikan norma yang diuar-uarkan apabila menyusahkan.

“Itu tidak kondusif dan munafik. Apa yang baik untuk seseorang mestilah baik untuk semua. Jadi, ia mestilah peraturan berdasarkan keadilan, rasa hormat dan persefahaman, belas kasihan dan undang-undang antarabangsa.

“Ini, bukanlah sesuatu yang bagus dan tidak akan berlaku, kerana pada anggaran kami, kedua-dua China dan AS telah mengesahkan komitmen mereka terhadapnya.

“Ia mesti melangkaui urusan perdagangan pelbagai hala kepada pembinaan geostrategik yang lebih praktikal,” katanya.

Malaysia, menurut Anwar akan melakukan peranan untuk menggalakkan permuafakatan tersebut.

APR dianjurkan secara bersama oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia dan ASEAN-ISIS. Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Acara tiga hari bermula selasa ini bertemakan ‘An Age of Strategic Uncertainty’ membincangkan pelbagai isu mengenai geopolitik, keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast