KUALA LUMPUR- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru pagi tadi dengan menunggang motorsikal.

Beliau bersama isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad yang turut mengundi di lokasi sama mengambil keputusan menaiki kenderaan tersebut kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Kalau saya datang dengan kereta nanti sesak saya tidak mahu menyusahkan orang. Jadi sebab itu saya naik motor,” katanya ketika ditemui selepas mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.

Turut hadir, calon PH bagi DUN tersebut Anfaal Saari.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata beliau hanya dibenarkan untuk melawat pusat pengundian dalam kawasan yang ditandinginya sahaja iaitu Sungai Tua pada hari ini.

Sehubungan itu beliau akan meninjau proses pengundian bagi DUN berkenaan di beberapa pusat pengundian di sekitarnya sehingha tengah hari ini.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast