HULU KLANG- Polis tidak menolak kemungkinan berlaku provokasi sehingga mencetuskan pergaduhan di hadapan sebuah balai polis seperti yang tular di media sosial, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu.
“Kita sedang menjalankan siasatan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan sebab video tersebut kita hanya tengok bahagian itu sahaja.
“Mungkin ada bahagian lain sebelum itu dan mungkin juga ada provokasi atau sebagainya.
“Itu saya tak nak komen sebab siasatan masih dijalankan tetapi saya dapat sahkan itu memang berlaku di IPD sebuah negeri di Pantai Timur,” katanya selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, di sini, hari ini.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 14 saat di aplikasi Whatsapp memaparkan seorang penunggang motosikal yang memakai bendera Pas telah ditarik dan dipukul beberapa lelaki di hadapan perkarangan balai polis tersebut. – MalaysiaGazette
Video Berkaitan