Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu dengan majoriti mudah apabila menang 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN 15).

Kemenangan itu membolehkan gabungan PAS dan BERSATU itu terus mentadbir kerajaan negeri untuk penggal kedua.

Kerusi dimenangi PN membabitkan DUN Jabi, Tepuh, Kuala Berang, Seberang Takir, Telemung, Manir, Ajil, Ru Rendang, Pengkalan Berangan dan Bukit Besi, Jabi, Bukit Tunggal, DUN Rantau Abang dan Cukai.

Setakat ini keputusan tidak rasmi turut menyaksikan Pakatan Harapan memenangi DUN Hulu Terengganu dan Air Putih.

Proses penjumlahan undi di beberapa pusat penjumlahan undi masih lagi dijalankan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast