Gambar hiasan.

PILIHAN Raya Negeri (PRN) kali ini menempa sejarah apabila Pas mampu  menumbangkan 10 kubu Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Gelombang hijau di Terengganu kali ini menyaksikan Pas menerusi Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua 32 kerusi DUN, memusnahkan harapan BN untuk mentadbir negeri itu kembali.

Bukan itu sahaja, Pas juga berjaya mengekalkan kemenangan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Terengganu yang turut diadakan serentak dengan PRN kali ini.

Datuk Ahmad Amzad Hashim memberi isyarat kemenangannya  sekaligus menutup mulut yang menyangkal kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) lalu apabila sekali mendapat kembali kerusi Parlimen P.036 itu.

Keputusan tengah malam tadi menyaksikan PN menaiki takhta semula 10 kerusi iaitu DUN Kijal, Seberang Takir, Langkap, Kuala Besut, Hulu Besut, Telemung, Batu Rakit, Bukit Besi, Permaisuri dan Jertih.

PRN kali ini juga menyaksikan dua bekas Menteri Besar Terengganu tumpas di kawasan sendiri iaitu Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Said yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal tewas kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris dengan majoriti 3,758 undi.

Ahmad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas memperoleh 13, 403 undi.

Ahmad Razif juga tewas kepada pencabarnya, Khazan Che Mat dengan majoriti 2, 797 undi di mana hanya memperoleh 9, 359 undi manakala Khazan mendapat 12,156 undi.

Bagaimanapun nasib Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berbeza apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang untuk dua penggal berturut-turut.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 6,028 undi dalam pertembungan tiga penjuru mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nik Dir Nik Wan dan Zarawi Sulong (PKR).

Sebelum inim ada desas-desus Pas menyasarkan 32-0 pada PRN kali ini dan terbukti menjadi kenyataan apabila kini tiada lagi pembangkang di Terengganu Darul Iman.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. So kalau tak ada lg pembangkang di Terengganu, negeri ni akan maju kaaa?? Tidak ada check and balance dan PAS akan buat sesuka hati mcm diktator sebab tak ada siapa yg boleh tegur mereka…Itu yg rakyat Teganu mahukan…so hadaplah utk 5 tahun akan datang..

    • Nanti ada rakyat yang ikut contoh seorang wanita yang berani menegur cara tadbir Khalifah Umar Amirulmukminin.

  2. Menang 32 – 0 rakyat terengganu patut risau dan cemas
    Apa kah rakyat terengganu akan menjadi zombie kerana mata hati mereka sudah dibutakan oleh PAS. Dan akan mencari mangsa sesama sendiri untuk menghisap darah dan nanah serta memakan bangkai saudara mereka. Orang luar perlu berfikir panjang untuk datang ke terengganu.

Comments are closed.