fatwa
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – UMNO perlu mengkaji semula beberapa perkara yang telah dilakukannya sehingga menyebabkan parti itu kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, antara yang perlu dikaji ialah gabungannya bersama Pakatan Harapan (PH) dan hubungan dengan DAP.

Beliau mempersoalkan apakah hubungan dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih relevan?

“Inilah persoalan yang pucuk pimpinan perlu jawab,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Katanya, dua faktor itu selain beberapa isu lain antara penyebab kenapa rakyat malah ahli dan penyokong parti sendiri menolak UMNO.

“Dengan kekalahan ini walaupun tiga negeri dimenangi gabungan itu tetapi tetap dianggap gagal kerana tidak dapat menambah bilangan kerusi.

“Namun kepada UMNO, jangan sedih. Saya pun orang UMNO juga dan kita kena tahu perkara ini akan berlaku dan apa guna kita bersedih.

“Yang perlu kita lakukan ialah apa kita nak buat sekarang. Itu yang perlu kita tanya. Setakat marah dan sedih sahaja tak cukup. Kita kena fikirkan apa yang kita akan buat sekarang?,” katanya

Dalam keputusan PRN malam tadi, tiga negeri kekal di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala tiga lagi diperintah oleh PH-BN iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Zaid ko sembang apa ni zaid..mcm la umno tu kalah bnyk kerusi,dek kerana bergabung dlm satu pasukan, dgn dap dan anwar hakikatnya umno kalah bnyk kerusi sejak pru14 lagi ketika umno dlm gabungan sendiri,yg salah bukan nya anwar maupun dap..yg salah nya diri kamu sendiri.. poodaahhh

  2. UMNO menang paling banyak kerusi di Negeri Sembilan yer…kalau nak banding dengan Bersatu Midin penyakau tu..jauh lebih baik UMNO..tak de satu negeri pun Bersatu menang majoriti..semua PAS. Setakat bertanding 5 kerusi di Kelantan dan 5 kerusi di Terengganu, lagi mahu berlagak..tu siap sedia esok nak ke mahkamah..Sg Buloh duk tunggu..

Comments are closed.