KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mempertahankan presiden parti daripada kritikan berhubung kekalahan calon-calon parti itu dalam pilihan raya di enam negeri.
Beliau mempersoalkan sikap golongan tersebut yang meletakkan kesalahan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk.
Nurulhidayah berkata, berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat nama Ahmad Zahid, pemimpin dalam UMNO melakukan tindakan sebaliknya.
“Bila nak bertanding dan nak jadi calon, ramai yang melobi sampai tak cukup tanah. Bila kalah salah presiden? Mana kualiti yang digembar-gemburkan bila nak lobi jadi calon?
“Kenapa ada kerusi yang boleh menang? Dalam setiap ceramah PMX sendiri, beliau bawa dan angkat nama Zahid Hamidi sedangkan banyak tokoh UMNO sendiri lebihkan membawang dari membawa.
“Bila WhatsApp masuk kat handphone kutuk presiden masing-masing pakat kongsi. Yang dok pertahankan presiden dilabel pengampu dan pembodek,” kata Exco Pegerakan Wanita UMNO itu.
Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila ramai yang seronok dan memuji ahli yang dibuang daripada parti sebagai berani berbanding biadab apabila mengkritik Presiden UMNO.
Nurulhidayah yang juga anak Ahmad Zahid faham kekecewaan dan emosi ahli parti berikutan kekalahan yang dialami namun mempersoalkan sikap tidak mempertahankan institusi presiden.
“Dalam isu yg dipersoalkan di atas, saya ingin bertanya berapa ramai tokoh dalam UMNO yang ‘membawa’ dan mempertahankan nama serta institusi presiden itu sendiri?
“Semenjak dari zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) lagi, siapa presiden yang depa tak suruh turun?
“Tengok Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan kes REE dia, ada geng dia suruh turun? Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kes menantu dia, ada geng dia suruh turun? Datuk Seri Mohamed Azmin, ada team dia suruh turun? Siap menang lagi. Mai tang UMNO, pakat attack presiden sendiri. Cerdikkan?” sindirnya.
Sementara itu, katanya, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan saling memerlukan dan yakin UMNO akan terus berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan orang Melayu.-MalaysiaGazette
Tahniah kepada anak Noh Omar, menang bergaya. Pengaruh Noh Omar dilihat memainkan peranan.
Anak ZAHID ni “cuma” PEREMPUAN tetapi AKALBUDI dia lagi teruk dan buruk daripada President UMNO Walanon.. akarumbi UMNO atur bisik-bisik dari sekarang…. supaya cepat buat PEMBERSIHAN “Si KITOL” dari Parti KERAMAT ini…
bila kalah salahkan presiden – sebab PRESIDEN seorang MUNAFIKUN…NO ANWAR NO DAPIGS pulak tu bersumpah dengan NAMA ALLAH
maka terimalah BALASAN MUNAFIK dan di makan SUMPAH TETAPI masih ada yang terus BERSUBAHAT dengan MUNAFIK ANWAR ZAHID dan sekutu2nya
MAT SABU SAIFUDIN NASTION mujahid bertanding semalam mungkin terima NASIB sama macam mahfuz mat said faiz fadil nor