GEORGE TOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan melakukan post-mortem bagi mencari punca kekalahan calonnya pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).
Ia susulan BN hanya memenangi dua daripada enam kerusi yang ditandingi.
Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka namun akan mencari jalan penyelesaian untuk mengembalikan sokongan terhadap parti itu.
“Kita percaya buat post moterm dapat merungkai punca kekalahan empat calon BN termasuk mengapa rakyat menolak pencalonan BN di kerusi-kerusi tersebut.
“Tindakan itu juga perlu bagi menyelamatkan parti daripada terus berdepan situasi sama.
“Malah calon-calon berkenaan (tewas) akan terus berkhidmat buat rakyat..kita tak putus asa dan akan terus berjuang,” katanya pada sidang media di Hotel St Giles di sini malam tadi.
BN hanya menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam dan DUN Sungai Acheh manakala tewas di empat DUN iaitu Telok Bahang, Sungai Dua, Penaga dan Permatang Berangan.
Ketika diminta mengulas adakah punca kekalahan UMNO disebabkan gelombang hijau, Musa menegaskan, pihaknya tidak ambil pusing mana-mana gelombang sebaliknya fokus untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
Mengulas lanjut, Musa merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya termasuk PH yang banyak membantu BN sepanjang kempen.
“Kedua-dua wakil rakyat daripada BN yang memenangi kerusi DUN akan memberi kerjasama dan menyokong penuh kepimpinan Chow Kon Yeow dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya. – MalaysiaGazette
nak post mortem yang sudah mati..?
sakit tua cencer hati itu punca nya tuan..
nak menang perlu ganti yang muda yang kuat itu saja petua ya tuan..