Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melakukan proses introspeksi atau penilaian menyeluruh dan muhasabah pada peringkat dalaman secara terperinci berasaskan keputusan Pilihan Raya Negeri di enam negeri malam tadi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu menerima keputusan berkenaan dengan lapang dada dan penuh keinsafan.

Kata beliau, yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

“Terima kasih kepada semua jentera parti dari seluruh negara yang berkampung lebih dua minggu di enam negeri dalam PRN yang berakhir semalam.

“Sesungguhnya pengorbanan dan kerja kuat semua amat dihargai dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya dengan limpahan rahmat dan keberkatanNya jua,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas keputusan PRN 15 malam tadi yang menyaksikan tiga negeri kekal dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) manakala tiga lagi kekal kepada PH-BN.

Bagaimanapun beberapa kerusi yang disandang BN telah dirampas PN dalam pertandingan yang agak sengit antara kedua parti bertanding.

Menurut Asyraf lagi, umumnya kerjasama jentera parti BN dan PH semakin baik walaupun hanya mula berputik empat bulan lalu.

“Sama-sama kita terus bekerja kuat mengembalikan kepercayaan rakyat dengan memfokuskan kepada prestasi khidmat dan kerja dalam urusan pentadbiran serta pengurusan negara termasuk aspek ekonomi yang begitu kuat memberikan impak pada rakyat.

“Biarlah rakyat menilai prestasi ini terutama pentadbiran di peringkat Persekutuan di samping negeri-negeri di bawah Kerajaan Perpaduan termasuk tiga negeri yang berjaya dikekalkan dalam PRN kali ini.

“Moga Allah permudahkan segala usaha baik yang disulami keikhlasan hanya bermatlamat untuk khidmat yang terbaik demi rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. ZAHID HAMIDI MUNAFIK ….NO ANWAR NO DAPIG….akan berkata apa aku kisah….yang penting aku dapat masuk kelengkang ANWAR dan menanti 47 KES MAHKAMAH DIGUGURkan….bak kata orang KEDAH lantak pi lah

    sprm dan spr pun DOUBLE STANDARD….segala jentera kerajaan media boleh digunakan oleh GOLONGAN munafikun….umumkan peruntukan KILAT dan JANJI BULAN BINTANG bertukar mimpi ngeri buat ZAHID ANWAR MUNAFIK serta sekutunya

  2. ASYRAF WAJDI MUNAFIK…..MANA2 kata-katamu waktu jadi KP UMNO ADA 10 SEBAB Umnongok akan MENENTANG DAPIGS…DULU KINI SELAMANYA…..AKHIRNYA SEMUA SUJUD MENONGGENG dalam JUBUR DAPIS

    BALASAN GOLONGAN MUNAFIK DAN DIMAKAN SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH

Comments are closed.