Amirudin Shari

KLANG – Keputusan tidak rasmi menunjukkan Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN) berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor selepas memenangi 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kedua-dua parti berkenaan terbukti menenggelamkan gelombang yang mahu menguburkan kerajaan negeri yang terlalu.

Beliau menyifatkan kemenangan Kerajaan Perpaduan pada kali ini merupakan signifikan kepada semua rakyat.

“Pengundi Selangor membuat keputusan tepat mengiktiraf pasukan perpaduan pada PRN15 kali ini.

“Terima kasih pengundi selangor atas mandat yang diberikan, pasukan perpaduan yang ditubuhkan tiga hingga lima bulan yang lalu ternyata berjaya menenggelamkan gelombang hijau yang telah direka sejak Febuaru lalu,” katanya ketika sidang media di Pusat Pengumuman Keputusan  PRN15.

Ujar beliau, keputusan pilihan raya kali ini akan dikemukakan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk mengesahkan semua kerusi DUN yang telah dimenangi.

“Apa tindakan lanjut nanti Pejabat Sultan Selangor akan maklumkan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast