ALOR SETAR – Teka teki sama ada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menjawat jawatan Menteri Besar Kedah terjawab apabila beliau mengesahkan akan angkat sumpah jawatan itu esok.
Dalam Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks Pas Kedah di sini malam ini, beliau mengesahkan akan diangkat Menteri Kedah buat kali kedua.
“Saya dijadualkan angkat sumpah esok,” katanya dalam ucapan sempena himpunan Mandat Rakyat.
Terdahulu, Muhammad Sanusi memberikan jaminan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam tidak akan terpalit dengan skandal rasuah.
“Saya beri jaminan mereka (ADUN PN) ini tidak menjadi kaya. Mereka tidak akan pernah terpalit dengan skandal rasuah,” kataya lagi.
Esok pagi, satu upacara mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar akan mengambil tempat di Istana Anak Bukit.
Menurut surat jemputan kepada media tempatan, majlis itu akan diadakan pukul 9 pagi esok. – MalaysiaGazette