Azmin Ali berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon Calon Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Selangor untuk Pilihan Raya Negeri ke 15 di Taman Medan Petaling Jaya. Foto MUHD NA’IM, 26 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersyukur setelah menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor semalam.

Ujar Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu, kemenangan tersebut satu amanah buat beliau dan berazam akan membuat yang terbaik buat penduduk Hulu Kelang.

“Saya akan menggalas tanggungjawab ini dengan jujur dan ikhlas demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mohamed Azmin mengalahkan pencabarnya dari Pakatan Harapan- Barisan Nasional, Juwairiya Zulkifli dengan majoriti sebanyak 1,671 undi.

Bekas Menteri Besar Selangor memperoleh sebanyak 25,597 undi manakala Juwairiya yang juga bekas ‘anak buahnya’ mendapat 23,980 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Mohamed Azmin memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa atas tiket PH. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast