Bangunan SUK Selangor

KUALA LUMPUR – Selangor mengisytiharkan esok sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri itu sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim menerusi kenyataan hari ini.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 14 Ogos 2023, Bersamaan 27 Muharram 1445H sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor Ke-15,” katanya. – MalaysiaGazette