Tan Sr Abdul Hadi Awang bersama Datuk Seri dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

KUALA TERENGGANU – Barisan kepimpinan kerajaan negeri Terengganu akan dibentuk kurang dari pada seminggu.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, proses tersebut akan dilakukan secepat mungkin apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Jelasnya Abdul Hadi akan memulakan proses itu dengan membawa surat daripada Pas untuk dipersembahkan bagi mendapat perkenan pihak istana.

”Prsiden Pas akan memulakan proses itu untuk disembahkan keada tuanku tentang cadangan yang sepatutnya. Esok (hari ini) akan mulakan proses dengan istana, tarikh exactly angkat sumpah tertakluk kepada istana.

“Insya-Allah kita akan cuba membentuk ahli exco dalam masa minggu ini, sebelum habis seminggu kita selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Tok Guru, Rusila, selepas Majlis Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) malam tadi.

Ditanya berkaitan senarai Exco, pihaknya masih dalam pertimbangan untuk diperhalusi beberapa perkara.

”Kena teliti pelbagai perkara. Ini kerana kita kini menjadi parti maufakat politik dalam Perikatan Nasional (PN). Jadi, tentulah ada pertimbangan penambahbaikan terhadap portfolio yang perlu diharmonikan,” katanya.

Dalam pada itu pihak kerajaan negeri terbuka dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat kerana ia termaktub di bawah bidang kuasa masing-masing.

“Ada bidang kuasa kerajaan Pusat, ada bidang kuasa kerajaan negeri dan ada bidang kuasa bersama di bawah perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita di negeri tiada masalah, tinggal lagi bagaimana penerimaan kerajaan Pusat. Bagi kerajaan negeri kami dengan hati terbuka untuk berhubung dengan Kerajaan Persekutuan dalam apa jua isu,” katanya.

Ahmad Samsuri juga berkata pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan sekiranya Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri.

”Setakat ini belum ada sebarang perbincangan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Kalau MUAD mahu berbincang untuk bertemu atau apa jua keperluan kita boleh sit down dan bincang.

“Pembentukan kerjasama dengan parti pemerintah kerajaan negeri ini perlu dimulakan dengan didahului dengan kerjasama antara parti sesama parti,” katanya.- MalaysiaGazatte