KUALA LUMPUR – Adalah tidak adil untuk menyalahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang diri atas kekalahan calon parti itu terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Penganalisis politik Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi menegaskan, kekalahan tersebut perlu dilihat secara menyeluruh.
Menurut beliau, sekiranya parti lain dalam kerajaan diletakkan di kawasan itu mungkin akan menerima nasib yang sama.
“Bukannya disebabkan satu pihak sahaja. Sektor tertentu sahaja. Ia perlu dilihat secara menyeluruh. Katalah UMNO gagal di Kelantan, Terengganu. Kalau diletakkan parti Amanah bertanding pun dapat (menang) tak?
“Kalau diletakkan parti PKR bertanding di Kelantan atau Terengganu, boleh tak? Kita kena ada rasional apabila memberi pertimbangan,” kata Awang Azman.
Tambah beliau, kekalahan yang dialami UMNO di Kelantan dan Terengganu bukan pertama kali berlaku malah ia lanjutan dari zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden UMNO.
Bercakap kepada MalaysiaGazette, Awang Azman berkata, juga tidak wajar untuk segelintir ahli UMNO mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden.
Menurut beliau, setiap anggota dalam parti itu seperti Ketua Pemuda, Wanita, Puteri malah ahli di peringkat pusat daerah mengundi harus memainkan peranan untuk memastikan kemenangan calon.
“Semua pihak perlu bertanggungjawab sama ada semasa menang atau kalah.
“Tidak adil misalnya sewaktu kemenangan BN dulu di Pilihan Raya Negeri Johor mereka tidak beri kredit pun kepada Ahmad Zahid sebagai presiden. Kemenangan Pilihan Raya Negeri Melaka pun mereka tidak beri kredit kepada Zahid.
“Masa Pilihan Raya Umum lepas mereka letakkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy namun apabila kalah mereka tuding jari kepada presiden,” kata Awang Azman.
Beliau turut mengkritik tindakan pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Idris Jusoh yang mendesak supaya Ahmad Zahid melepaskan jawatan.
Menurut Awang Azman, kekalahan 89 daripada 108 calon UMNO yang bertanding termasuk 27 calon di Terengganu juga harus dipikul oleh Idris sebagai pemimpin UMNO yang datang dari negeri itu.
“Kita lihat bagaimana pemimpin UMNO sendiri di peringkat kawasan yang sangat mementingkan diri, kurang bertanggungjawab.
“Mereka cuba cari kesalahan tetapi tidak lihat di kawasan Besut misalnya boleh kalah sedangkan warlord adalah Idris Jusoh.
“Beliau (pernah) menjadi Pengerusi Felda, Menteri Pengajian Tinggi. Kenapa tidak mampu menarik pengundi di sana,” soal beliau.
Tambah Awang Azman, semasa pembangkang tewas teruk di Melaka dan Johor tidak kedengaran desakan supaya Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin untuk meletakkan jawatan pula.
Malah tiada desakan supaya Muhyiddin meletakkan jawatan selepas PN gagal menepati sasaran menguasai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang seperti yang diuar-uarkan ketika kempen PRN.- MalaysiaGazette
bebudak Kampong kata Awang ni merepek kelaut…. BENDA TIADA.. buat apa andaian PKR bertanding di KELANTAN TERENGGANU? Kenyataan UMNO digagalkan kerana SI KITOL Modern dalam UMNO.. Rujuk KES NAJIB RAZAK ditunjuk PINTU KELUAR siapa yang desak.. siapa desak?? nak jadi penganalisis pun rerajinlah merujuk jangan guna lutut.. dalam Media Sosial percuma jer … Awang Awang…
Satu2nya cara untuk UMNO memujuk kekecewaan akar umbi yang tidak lagi memangkah parti tersebut adalah dengan segera keluar dari gabungan kerajaan DAP yang ada sekarang.
Kalau tidak parti tersebut diramalkan akan tinggal kenangan sahaja dalam PRU akan datang.
Betul sangat tu..ada yg salahkan sbb UMNO bekerjasama dgn DAP…ehhhh masa PAS peluk cium dgn DAP, PAS kalah kah di Kelantan?? Tak kan. Yg ke dua..dlm PRU lepas, UMNO bergerak solo..tp kalau kau ada ketokohan, kau teyap akan menang..walau apa pun gelombangnya..cth terbaik DS Johari Abd. Ghani…menang jaaa di kawasan PH…sebenarnya korang yg kat negeri tu mengarut…dan yg kedua sebab kamu sendiri sabotaj UMNO..cthnya Idris Jusoh laaa
zahid muka tebal, dah kalah teruk pun masih nak pegang bjawatan presiden.