Dr. Muhamad Akmal Saleh

SEREMBAN – UMNO perlu berubah ke arah mengutamakan suara rakyat bukan pemimpin jika tidak mahu parti itu terus dilupakan di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, ini ramai yang masih menyayangi parti keramat Melayu pimpinan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu.

“Ramai yang bercakap mengenai kekalahan UMNO yang besar berbanding dengan kemenangan besar parti lain dan ini membawa maksud ramai yang masih menyayangi namun tidak percayakannya lagi.

“Tugas pemimpin UMNO kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dengan mengutamakan suara rakyat bukannya pemimpin,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya pagi ini.

Tambah Dr Akmal, parti itu perlu berubah jika tidak mahu ia terus dilupakan.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam menyaksikan parti itu mencatatkan prestasi buruk apabila hanya menang 20 daripada 107 kerusi ditandingi.

Ia menyaksikan BN hanya menang dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor (Sungai Air Tawar dan Dusun Tua); Kedah (Bayu); Kelantan (Galas) dan Pulau Pinang (Bertam dan Sungai Acheh).

Di Kedah dan Terengganu, semua calonnya tewas termasuk dua bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

BN Negeri Sembilan pula menang 14 daripada 17 kerusi ditandingi namun gagal mempertahankan 36-0 bersama gabungan Pakatan Harapan apabila lima kerusi DUN dirampas Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU15 tahun lepas, UMNO hanya memenangi 26 kerusi Parlimen dan tersingkir di tujuh negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Selagi berada dalam pakatan DAP, Umno akan terus mereput. DAP tak rugi apa2 pun malah bertambah2 kukuh…kah..kah..kah..

    Apa2 tahniah kepada pengundi2 PN, tetap teguh dan istiqamah, insyaAllah akan mencapai kemenangan tak lama lagi.

  2. ZAHID HAMIDI MUNAFIK ….NO ANWAR NO DAPIG….akan berkata apa aku kisah….yang penting aku dapat masuk kelengkang ANWAR dan menanti 47 KES MAHKAMAH DIGUGURkan….bak kata orang KEDAH lantak pi lah

    sprm dan spr pun DOUBLE STANDARD….segala jentera kerajaan media boleh digunakan oleh GOLONGAN munafikun….umumkan peruntukan KILAT dan JANJI BULAN BINTANG bertukar mimpi ngeri buat ZAHID ANWAR MUNAFIK serta sekutunya

Comments are closed.