GEORGE TOWN – Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang akan menyusun gerak kerja yang konsisten bagi menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umun Ke-16 (PRU16).

Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusuf berkata, meskipun tidak dapat menawan Pulau Pinang namun penguasaan 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu menunjukkan reaksi positif dari segi penerima rakyat.

“Syukur kepada Allah SWT atas kemenangan yang telah diberikan kepada 11 calon termasuk saya pada PRN baru-baru ini.

“Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi Pulau Pinang termasuk perantau yang pulang memberi undi kepada PN sehingga diberikan kemenangan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Walaupun PN Pulau Pinang tidak dapat menawan negeri ini, tetapi kami akan tetap konsisten untuk menyusun gerak kerja ke arah menawan negeri ini pada PRU yang akan datang,” katanya hari ini.

Pada PRN15 Sabtu lalu, PN Pulau Pinang berjaya merampas 10 kerusi milik Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selain mengekalkan kerusi DUN Penaga yang disandang Mohd Yusni Mat Piah (Pas) sebelum ini.

Antara kerusi DUN yang berjaya dirampas PN adalah tiga kerusi BN (Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Bahang) manakala satu kerusi milik Amanah di DUN Permatang Pasir.

Bagi kerusi milik PKR pula, Penanti, Seberang Jaya, Telok Ayer Tawar, Pinang Tunggal, Sungai Bakap, Pulau Betong.

Tambah Muhammad Fauzi, wakil rakyat yang mengecapi kemenangan perlu menunaikan tanggungjawab atas mandat yang diberikan.

“Bekerjalah (calon) untuk rakyat seikhlas mungkin dan penuhilah kepercayaan rakyat ini dengan sebaiknya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

PN menang 11 kerusi di Pulau Pinang

Keputusan DUN Pulau Pinang pada PRU14 menyaksikan DAP memenangi 19 kerusi, PKR (16) Amanah (2), BN (2) manakala Pas (1).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast